Saturday 26 May 2012

Budak 2 Tahun Sengsara Digigit Emak

w.b.t

&
SELAMAT SEJAHTERA kpd yang bukan Islam...

Okey hari ni saya ada cerita yang begitu dasyat malah sangat mengejutkan saya sendiri.. Subhanallah..
Cerita ni mungkin dah ramai yang tahu tapi saya baru tahu hari ni.. Hehehe Orang busy la katakan...

Budak 2 tahun sengsara digigit emak seluruh badan Hermm kalau korang baca tajuk ni 
mesti korang pikir ni mak kandung ke mak tiri kan Actually saya pon tidak la berapa pasti sama
ada mak tiri @ mak kandung..

Haish anak baru 2 tahun, dah kena dera..kesian anak dia.. 
Nak tahu cerita sebenar Jom baca kat bawah nie ...







IPOH: Perbuatan zalim seorang ibu mendera anak perempuan berusia dua tahun dengan menggigit seluruh tubuh dan kaki mangsa hingga dipenuhi parut serta lebam terbongkar apabila bapanya yang berusia 49 tahun membawa mangsa ke klinik berhampiran Ahad lalu bagi mendapatkan rawatan selepas mendapati rambut anaknya itu gugur tanpa sebab.
Mangsa yang tinggal di Chui Chak di Langkap, Teluk Intan, diseksa ibunya yang juga suri rumah warga Vietnam berusia 25 tahun yang turut dipercayai menumbuk dan mencucuh tubuh mangsa dengan objek panas.
Suspek sengaja menyorokkan kecederaan mangsa dengan memakaikan anaknya itu pakaian labuh.

Difahamkan, bapa mangsa seorang pekebun sayur bimbang jika anak bongsunya itu menghidap penyakit berbahaya sebelum masalah itu dirujuk ke klinik kesihatan berdekatan.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati seluruh tubuh mangsa dipenuhi kesan lebam baru dan lama yang dipercayai didera dengan teruk.


* Anak adalah Anugerah yang diberi.. Janganlah disia-siakan... Sekarang ni ramai yang menginginkan anak tetapi belum ada rezeki lagi... So sesiapa yang dah ada anak, jagalah mereka dengan baik, asuh dari kecil supaya taat kepada ibu & bapa.. Tunjukkan contoh @ teladan yang baik kepada mereka.. Peace yaw...







 

Komen Anda Sangat Dihargai. TQ

1 comment:

Anonymous said...

saya pon baru tahu..dasyat betol mak budak tu kan.. haha