Assalamualaikum.. hehe
korang dh tgok citerr ni??
Best gilerrr.. tgok la tau.
Sya dh tgok bnyak kali..
Sya dh tgok bnyak kali..
heheheh
ℒℴѵℯ❤
I suke Umar la U..
Hensemnya Shahrizal Jaszle pakai baju pilot.. huhu terpikat sudah...
actually kan citerr ni kt utube n lmn2 web yg lain dh bnyak kna padam..
Saya pon x tau nk cari citerr ni kt mane..
nnt klau sya dh jmpe mne2 lmn web yg post citer nie
sya bg link erkk.. Tp klau korang nk tau
serba sdikit tntang citerr nie sya bleh citekan.. : 

SINOPSIS CEREKARAMA Landasan Cinta
Umar
yang sudah menjangkau usia 28 tahun merupakan seorang juruterbang yang
tampan dan masih bujang. Sikapnya yang serius dan jarang melemparkan
senyuman mengakibatkan dirinya dilabel sebagai seorang yang sombong.
Lain pula kisahnya mengenai Nisha yang merupakan seorang gadis yang
riang namun seringkali gagal dalam percintaan.
Suatu hari Nisha telah memenangi tiket penerbangan ke Perth. Semasa
perjalanannya ke sana, Nisha telah duduk di sebelah pasangan pengantin
baru iaitu Shiela dan Hisham. Shiela merupakan seorang yang suka
bercakap besar dan lagaknya membuatkan Nisha berasa rimas. Apabila Nisha
disoal mengenai statusnya samada sudah berkahwin atau tidak, lantas
Nisha memberi alasan bahawa dia adalah kekasih kepada seorang
juruterbang. Setelah selamat sampai di Perth, Nisha berasa lega kerana
tidak perlu bertemu Shiela lagi. Akan tetapi Nisha tidak bernasib baik
apabila Shiela juga menetap di hotel yang sama maka mereka sering
bertembung.
Semasa Umar ingin menuju ke hotel satu insiden kecil telah berlaku di
mana pintu yang dibuka oleh Umar telah terlanggar Nisha. Kemudian
berlaku pertengkaran kecil di antara mereka dan tanpa disedari Shiela
telah menuju ke arah mereka berdua. Nisha berasa panik dan terus
mengakui bahawa Umar ialah bakal suaminya. Apakah akan berlaku
seterusnya?
PELAKON CEREKARAMA Landasan Cinta
Shahrizal Jaszle
Tasha Shila
Shah Iskandar
Fiza Elite
Lydiawati
Kismah Johar
Fendi Seman
Farid Najib
Wan Shades
Liea Banks
Sharifah Sakinah
Balkisyh Semundur Khan
semua watak utama tu pelakon dalam drama Atas Nama Cinta ..
No comments:
Post a Comment